Blog untuk mempratikkan Hukum Tarikan

Home Top Ad

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa cara cepat untuk mendapatkan rezeki seperti mana yang telah saya pelajari beberapa minggu lalu. Ada b...

Mendapat Rezeki

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa cara cepat untuk mendapatkan rezeki seperti mana yang telah saya pelajari beberapa minggu lalu.

Ada beberapa cara cepat untuk kita mendapatkan rezeki
(insyaAllah dalam tempoh 99 hari kita boleh mendapatkannya).Itu pesanan mentor saya. Cara yang pertama ialah :

1) BIDADARI
~ Sebagai seorang hamba , kita wajib menjaga hubungan baik kita dengan pencipta kita i...aitu Allah SWT.

~ Sebagai anak, kita juga mestilah menjaga hubungan yang baik dengan kedua-dua ibu bapa kita.Sekiranya ibu bapa kita telah meninggal dunia, carilah waris2 terdekat @ rakan2 mereka sewaktu di dunia dan berbuat baiklah kepada mereka.

~ Sebagai manusia yang dikurniakan anggota tubuh badan, kita mesti tahu berinteraksi dengan tubuh bada kita .Kadang kala kita terlupa untuk menghargai tubuh badan kita yang elok cantik yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.

Belajarlah memandang cermin dan ungkapkan syukur alhamdulillah di atas kecantikan, kesihatan yang diberikan Allah SWT kepada kita.

2) LINGKARAN DIRI SENDIRI

~ Saya percaya ramai di antara kita yang mempunyai impian@ matlamat tidak kira impian itu besar ataupun kecil.Kita haruslah mempunyai impian@ matlamat yang jelas.Sebagai contoh, kita mesti tuliskan matlamat kita dengan jelas dan spesifik,jangka masa untuk mendapatkannya ( cth : sebulan, tiga bulan, lima bulan dan sebagainya).

~ Salah satu cara mudah yang kita boleh lakukan ialah dengan mengunjungi rumah anak2 yatim, rumah orang2 tua dan lain2 untuk menyelami hati mereka dan berbuat baik kpd mereka.Saya ambil contoh, sekiranya kita bertemu dgn bayi atau orang2 sakit , kita boleh berbicara dgn mereka dan membisikkan kata2 doa untuk kita kaya dan berjaya.Saya pasti ada di antara kita yang akan tersentuh hati apabila melakukan perkara2 di atas.

Tahukah bahawa keadaan bayi adalah fitrah , tidak mempunyai dosa dan mereka adalah bakal penghuni syurga .Jadi mereka mempunyai frekuansi alpha yang tinggi dan doa mereka mudah diperkenankan.


3.LINGKARAN KELUARGA

~Selain daripada Ibu Bapa,kita juga haruslah menjaga hubungan yang baik dengan adik beradik, anak-anak dan sanak saudara kita juga.Kita perlu perbaiki hubungan silaturrahim dengan mereka di samping membersihaka diri daripada dosa2 yang telah dilakukan.

4.LINGKARAN SEMESTA

~ Sebagai makhluk Allah SWT yang diciptakan dengan sebaik-baik ciptaan, kita harus mensyukuri nikmat pemberianNya.Selain menjaga hubungan dengan sesama makhluk manusia, kita juga mesti tahu menjaga hubungan kita dengan alam semesta. Menjaga hubungan baik kita dengan alam juga dapat dilakukan melalui frekuansi alpha.

5.PERISAI LANGIT

~Tahukan kita bahawa amalan bersedekah itu salah satu cara yang cepat untuk mendapatkan rezeki.

Sedekah bukan sahaja tergolong dalam bentuk kewangan atau harta benda semata-mata, sedekah juga meliputi sedekalh ilmu yang ikhlas, sedekeh tenaga, sedekah ubat-ubatan bagi orang yang sakit dan lain-lain lagi.

Sedekah bukan sahaja boleh dilakukan sendiriaan, malah sedekah secara berjemaah juga amat digalakkan. Sesungguhnya bala yang datang itu tidak akan mendahului sedekah.

2 comments:

  1. SAUDARA/
    BUKANKAH ITU DARI BUKU INDONESIA 7 KEAJAIBAN REZEKI?

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian..
    semoga makin bertambah rezeki..

    harap dapat lawat blog saya amanne8257.blogspot.com

    ReplyDelete