Blog untuk mempratikkan Hukum Tarikan

Home Top Ad

HARAPAN Ramai orang berharapan, dalam English disebut Hope,  Pelbagai Harapan akhirnya membawa kepada Kepercayaan dan akhirnya membawa kepad...

Harapan


HARAPAN

Ramai orang berharapan, dalam English disebut Hope, 

Pelbagai Harapan akhirnya membawa kepada Kepercayaan dan akhirnya membawa kepada Keyakinan

Semua proses tersebut melibatkan keterlibatan Energi secara konstruktif, semakin kuat Pengharapan seseorang semakin kuat kekuatan Energi mengalir sama ada Energi itu menghala kepada hal-hal kebaikan disebut Power atau menghala kepada hal-hal keburukan digelar Force,

Baik Sihir mahupon Doa, kedua-duanya masih lagi tertakluk kepada aliran Energi yang konstruktif tersebut, malah kedua-duanya juga bermula hanya dengan secebis Harapan,

Tinggal lagi ke mana saja Harapan kita itu terkembang, misalnya, jika kita mengharapkan daya pesaing niaga kita menjadi 'bungkus' kerana kita mahu memonopoli sesebuah perniagaan mahupon jualan tersebut, akhirnya aliran Energi yang konstruktif tersebut bertukar kepada Kepercayaan lalu bertukar pula kepada Keyakinan, 

Ya, ianya memang benar boleh berlaku... dalam alam melayu disebut dengan istilah sihir, hanya ditambahi dengan sedikit 'trigger switch', Energi yang disebut sihir itu tadi mampu memberi kesan kepada target tersebut,

Begitu juga dengan Pengharapan kepada Kejayaan Diri sendiri atau orang lain, dari asalnya secebis Harapan, ianya boleh bertukar kepada Kepercayaan lalu bertukar pula kepada Keyakinan, aliran Energi yang konstruktif itu pula dalam alam melayu disebut Doa,

Kedua-duanya sangat berkeajaiban dan yang lebih ironi adalah kedua-duanya hanya bermula dengan secebis Harapan, 

tetapi secebis Harapan itu pula membentuk atau terkembang pula kepada level sama ada Power mahupon Force, sama ada Positif mahupon Negatif, yang satunya digelar Sihir dan yang satunya pula digelar Doa,

Walaupon begitu halnya, baik aliran Energi apapon, ianya tidak memberi bekas atau kesan sekiranya target berada pada aras gelombang yang sepatutnya, baik yang sihir mahupon yang Doa, langsung tidak menjejaskan target jika masih adanya suatu Energi yang lebih besar menghambat (Blocking),

Sebagai contoh lagi, sihir tidak memberi bekas kepada mereka yang mempunyai Jiwa yang lebih Besar dan mempunyai Hambatan Energi yang bagus dalam menangkis serangan sihir itu, begitu juga Doa hanya menjadi campakan-campakan affirmasi kosong yang tidak memberi bekas kepada mereka yang kekal ingin berjiwa kecil dan mempunyai hambatan Energi yang besar pula sebagai dinding penghalang kepada Energi Doa itu tadi sampai kepadanya,

Dari situ nanti barulah dapat kita pelajari dan mengerti bahawa, ada kalanya, kita perlu membesarkan 'Dinding' kita dan adakalanya kita perlu mengecilkan 'dinding' yang melingkari Diri kita...

Yang Pastinya, Jiwa harus kekal Besar, kerana nantinya Jiwa yang Besar menghasilkan Harapan yang Besar lalu memberikan Kepercayaan yang Teguh dan Keyakinan yang Kukuh,

Secara automatisnya, Sihir tidak akan jadi apa-apa lagi tetapi Doa akan sentiasa mengalir dengan Hebatnya pula... 

Harapan bukan lagi tinggal Harapan tetapi Harapan telah jadi Kenyataan!

*Jemput masuk secara PERCUMA dengan ilmu-ilmu PERCUMA hanya click

@QspLife

0 comentários: