Pesan orang tua-tua, wajah yang murah senyum adalah wajah yang murah rezekinya.
Secara energi ini benar.
Sering saya jelaskan, bahawa rezeki Tuhan di alam ini diletakkan atau diamanahkan di tangan para manusia.
Jadi untuk membuat rezeki murah meriah, berbuat baiklah kepada manusia, tawan hatinya dengan senyuman tulus.
Biarpun cuma sekadar ikon senyum di tulisan seperti ini 😁😊, tetap terasa energinya. Senyum tulus itu kunci membuka kerasnya hati.
Kalau kita menjual produk atau servis, siapa mahu datang membeli kalau muka kita kedekut senyuman?
Pancaran aura kita boleh dirasakan oleh orang lain, walaupun hanya sekadar chatting atau mesej.
Apatah lagi kalau suara atau face to face. Ini benar. Pasti anda biasa merasakannya.
Kalau anda memahami bahawa pancaran aura kita begitu mempengaruhi semua aspek hidup kita termasuklah kesihatan, hubungan cinta dan sosial, rezeki dan ekonomi.... seperti yang saya tulis di buku Loncatan Energi, pasti anda akan menjaga hal remeh temeh seperti amalan suka memberi senyuman.
Senyum? Remeh kan... Tapi kesannya secara metafizik sangat besar.
Jadi jangan kedekut senyuman ya.
Senyum itu sedekah.
Senyum itu menarik rahmat.
Senyum itu memurahkan rezeki.
Pesan orang tua-tua, wajah yang murah senyum adalah wajah yang murah rezekinya. Secara energi ini benar. Sering saya jelaskan, bahawa rezeki...
About author: AbgSado Ameerul
Seorang Online Internet Marketer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comentários: