Blog untuk mempratikkan Hukum Tarikan

Home Top Ad

= Ya Allah. Di hari yg. Penuh keberkatan ini. Kami menadah tangan pada mu Ya Allah. Kau jadikan lah tahun 2012 ini sebagai Tahun yg. Penuh. ...

Berkatilah perancangan kami di Tahun Baru 2020. Ya Allah

=

Ya Allah.
Di hari yg. Penuh keberkatan ini.
Kami menadah tangan pada mu Ya Allah.
Kau jadikan lah tahun 2012 ini sebagai Tahun yg. Penuh. Keberkatan.
Tahun penuh perubahan.

Ya. Allah.
Kami kini sedang merancang matlamat 2012 supaya kami menjadi umat Mu yg. Lebih berjaya. Lebih berkesan. Tetapi Ya Allah kiranya ini bukan lah hak kami. Atau matlamat kami tersasar dari keredaan Mu.
Maka ubahi lah Ya. Allah. Kerana sesungguhnya. Kau yg. Lebih mengetahui apa yg. Terbaik utk. Kami.

Ya Allah.
Ada di antara umat Mu yg. telah terpesong jauh.
Maka kembalikan lah mereka ke pangkal jalan.
Ada pula yg. Terfitnah dan sengsara. Maka kembalikan lah keyakinan dan kepercayaan pada diri nya dan orang lain.

Ya Allah ada di antara kami yg. telah hilang semangat nya.
Kecewa dan berputus asa. Maka dengan kekuasaan Mu. Bangkitkan lah semula kekuatan. Semangat juang mereka agar dapat menebus kembali kekalahan yg. lalu.

Ya Allah yang maha penyayang dan pengampun.
Kau akhirilah sengketa sesama kami. Bersihlah hati2 kami.. perkuatkan lah permuafakatan sesama kami. Pereratkanlah kasih sayang antara kami.
Ya Allah kau jadikan lah tahun 2012 ini sebagai tahun yg. penuh dgn. Keharmonian. Kemenangan dan keberkatan pada kami semua.

Ya. Allah. Lindungi lah kami.
Tunjukkan lah kami ke jalan yang benar dan kau redhai.

Amin. Amin. Ya Rabbal Alamin!

0 comentários: